Thank you for visiting our official School’s blog of Sk.Tampasak Tongod (Telupid).  This blogs are include our school information’s, activites and etc, as an addition,hopefully this blog will be a medium of interactions through internet networking. Do visit us once a week. We please to receive any comments and suggestions for our improvements in the future. Leave any comments in the provided boxes. Thank You. (This blog will be using three(3) main language which is Malay, english & Kadazandusun)

KONVOKESYEN KALI KE-4, INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Tahniah Kepada seorang Guru SK Tampasak TOngod Telupid yang akan menerima Ijazah dalam Konvokesyen IPG Kali ke 4. Tahniah Ckg. Haziela Hussieneddy.

Himpunan Berita

KONVOKESYEN KALI KE-4, INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

28 April 2014

Majlis Konvokesyen PISMP Kali Ke-4 akan diadakan pada 9 hingga 14 Jun 2014 bagi menganugerahkan Ijazah Perguruan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Turut dianugerahkan ialah Ijazah Perguruan bagi Program Pengajian Berkembar Luar Negara iaitu B. Ed. (Hons) Teaching English to Speakers of Other Languages (TESOL).

Majlis Konvokesyen PISMP Kali Ke-4 buat julung kalinya akan diadakan di Dewan Utama, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Tahniah kepada semua graduan. Sila lawat Portal Konvokesyen IPGM Tahun 2014 untuk maklumat lanjut dan urusan graduasi.

View original post

Q&A: Apakah itu GST? – Astroawani

Himpunan Berita

Q&A: Apakah itu GST?

KUALA LUMPUR: Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015.

Katanya, GST merupakan satu “sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.”

Jika anda masih tidak pasti apakah itu GST,Soal Jawabberikut mungkin boleh membantu:

Apakah pengumuman Kerajaan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)?
Kerajaan mencadangkan cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST.

Mengapa kerajaan melaksanakan GST?
Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.

Kerajaan mengatakan bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.

Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Apakah kadar GST?
Kadar…

View original post 498 more words

PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 OLEH KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Himpunan Berita

PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 OLEH KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

14 May 2014

PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

“GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI”

Sila muat turun perutusan di bawah.

Muat Turun
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 OLEH KPPM

View original post

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR kepada calon-calon UPSR 2013 terutamanya murid SK Tampasak dan calon-calon daerah Telupid. Mulakan dengan doa dan jawablah dengan tenang. Hargai masa yang ada. ^_^

By Sk Tampasak Telupid Posted in MyUcapan

SANTAI PETANG

Santai petang bersama rakan-rakan guru dan beberapa orang murid di sungai Tongod, untuk menyejukkan badan memandangkan stok air di sekolah Kering kontang.. Sebulan kemarau dan tiada hujan turun sepanjang bulan februari & mac. Walaupun aktiviti ini tidak berkaitan dengan P&P tetapi tidak salah untuk Admin kongsikan sedikit peristiwa manis yang berlaku sepanjang masa. Sharing is caring. ^_^

PENGISIAN DAN KEMASKINI DATA E-OPERASI SEKOLAH

Hampir semua data sekolah kini memerlukan akses internet. pada kebiasaannya, guru-guru perlu keluar dari sekolah untuk mengisi data berkaitan di kawasan yang mempunyai capaian internet, sekarang mungkin lebi mudah untuk mengakses internet selepas kemudahan ini sudah diaktifkan semula, tetapi dalam entry kali ini, admin mahu berkongsi sedikit gambar yang sempat diambil semasa guru data sk Tampasak cuba / berusaha untuk mengemaskini data e-operasi sekolah di Kawasan kampung.. (Atas bukit) seperti di bawah,

usaha tangga kejayaan, selagi ada ‘sedikit” akses sudah memadai tetapi pada ketika ini, pangkalan data E-operasi hanya dapat di akses sekali sahaja sebelum line internet “ghaib”. seorang murid di minta untuk memegang HP yang dijadikan modem Internet. Kenangan mengusik Jiwa.

PEMASANGAN 1BESTARI NET

IMG_0485

Baru-baru ni 2 orang kontraktor Maxis datang ke sekolah untuk menggantikan “tower” untuk pemasangan Internet sekolah. 1Bestari net. Alhamdulillah, pada hari tersebut juga, iaitu pad 20 Mac 2013, 12.30PM kerja penukaran menara tersebut telah dimulakan dan pemasangan dan penggantian menara tersebut telah selesai sekitar jm2.20PM dengan disaksikan serta disahkan oleh guru ICT dan Guru PK.HEM.

SYABAS & TAHNIAH

Yusri SukriTahniah kepada Adik Yusri Sukri di atas penglibatannya dalam sukan MSSD Tongod (Telupid) mewakili Zon Penangah dalam acara 110m Lari berpagar. Walaupun Adik Yusri tidak berjaya mendapat tempat dalam kejohanan MSSD Tongod 2013 tetapi SK Tampasak Telupid masih berbangga dengan pencapaian dan penglibatannya dalam kejohanan sukan tersebut. Semoga berjaya di masa akan datang.

Sekian.

By Sk Tampasak Telupid Posted in MyBerita

SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA 2013 SK TAMPASAK

Sambutan Tahun Baharu Cina 2013 Sk Tampasak Telupid

Agak pelik untuk sekolah yang bukan berstatus SJK (C) atau sekolah yang tidak mempunyai murid yang berketurunan cina menyambut mini perayaan Tahun Baharu Cina di sekolah mereka. Tetapi menyambut satu-satu perayaan bukanlah semata-mata kerana bangsa, tetapi sesuai dengan kehendak 1 Malaysia yang disarankan oleh pemerintah kita, apa salahnya untuk meraihkannya. Tujuan utama sambutan Tahun Baharu Cina di adakan di sekolah ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid Sk Tampasak untuk merasai sedikit suasana Perayaan Tahun baharu cina walaupun pada hakikatnya kami (Guru-guru) sebenarnya tidak merayakan perayaan ini mahupun tahun tentang rutin atau bagaimana suasana perayaan Tahun baharu Cina yang sebenarnya. Oleh kerana Tahun baharu Cina sinonim dengan Mercun, bunga api dan limau mandarin, maka, semua “perkara” tersebut dimasukkan dalam sambutan tahun baharu cina yang telah diadakan di SK Tampasak Telupid seminggu selepas cuti perayaan tahun baharu Cina 2013 (Tahun Ular). Tarian Singa? (Oh Tidakk), pihak pengelola tidak menyediakan persembahan Tarian Singa dalam majlis ini atas sebab kos dan jarak sekolah yang agak jauh dari Pekan dan ia pasti memakan kos yang sangat besar,tetapi persembahan bunga api masih di “adakan” pada sebelah petang. Apa sekalipun, sekurang-kurangnya, pihak sekolah cuba sedaya upaya untuk menghidupkan suasana perayaan / sambutan utama di Malaysia. Sedikit gambar yang sempat diambil sepanjang majlis tersebut.

This slideshow requires JavaScript.

Sepanjang majlis ini berlangsung, semua guru ada mengambil gambar tetapi Admin (lupa kumpul), jadi hanya gambar-gambar ini sahaja yang ada dalam simpanan admin.

Sekian. STBC 2013. ~Admin.